CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

21 Mei 2010

Hamba Redha..

Hamba sujud kepadaMU ya Rabb...Memohon keredhaan dan keberkatan dunia akhiratMu ya Rahman...Hamba sedar diri ini masih diuji..ujian yang terlalu berat mungkin kifarah dosa hamba...atau mungkin Engkau telah sediakan sesuatu yang lebih indah untuk HambaMu ini...Dikesepian ini, Hamba sujud mencari redha Mu Ilahi...Ampuni dosa-dosa Hamba Mu ini...Hamba sedar segalanya ada hikmanya yang telah Engkau janjikan untuk hamba-hambaMu yang bersabar...Ya ALLAH hamba mohon engkau bersihkan dan lembutkan hati-hati insan tersebut...

12 Mac 2010

Satu peringatan!!!

Garisan permulaan sebuah perjalanan seorang manusia, hamba dan da’ie ditentukan selepas mereka sudah baligh dan berakal dalam menyimpan maksud keterbukaan minda tatkala mengarahkan diri bermain dengan alam, kelangsungan pada kepercayaan diri. Meter mula bergerak mengikut kelajuan dan kepantasan roda yang berputar. Pahala dan dosa silih berganti mengisi kantung.


Berkata Umar Ibn el Khattab:
“Hendaklah jangan kamu menilai lelaki yang soleh itu hanya dengan melihatnya di masjid sahaja, namun hendaklah kamu melihat bagaimana muamalah dia ketika berurusan dengan orang lain”
Meraba-raba dalam kegelapan, tidak tahu mana halal dan haram, tidak akan menjanjikan suatu jaminan cinta itu betul-betul suci. Kononnya bercinta untuk meraih redha Ilahi. Dua pasangan kekasih bercengkerama di bawah bulan purnama, mengisi tahajud dengan bunga-bunga cinta berapi, telinga ditusuk dengan panahan syair-syair indah menggetis keasyikan dua pasangan yang hangat bercinta dalam dosa.

Kebusukan tingkah laku mengelaburi mata dan nafsu yang mengelocak tinggi. Mudah sahaja mereka membayar harga sekuntum cinta, mekar merona di tubir sukma, si ‘dia’ menabur janji dan mula dibuai mimpi, mereka khayal kerana hanya tercium haruman wangian bait kata-kata sang kekasih. Kalau dicurahkan air panas di sebelah tangan kanan, manakala tangan kiri asyik sahaja membelai dan mengusap rambut kekasih hati, kelembutan belaian tangan itu telah melenyapkan sifat panas yang ada pada air itu.
Rasa syahwat itu diangkat tinggi melebihi rasa sakit. Inilah dikatakan ‘cinta sakti’, penangannya pernah dirasai sendiri oleh Siti Zulaikha yang tertarik dengan ketampanan Nabi Allah Yusuf as, hingga menarik dirinya untuk melakukan maksiat, hingga tangan-tangan wanita luka terhiris pisau sendiri, terpesona melihat dzat wajah Nabi Yusuf as.


Mudah Jatuh Hati Pada Nama Cinta

Jangan kita sempitkan istilah ‘bijak’. Semua orang fikir salah satu faktor kejayaan manusia dalam lapangan peperiksaan di sekolah, Institusi Pengajian Tinggi (IPT), dan penjawat awam kerana dia ‘bijak’. Anda betul, dan tiada siapa yang bisa menafikan. Namun jika jawapan anda mengatakan seseorang itu pandai menggunakan ‘bijak’ dalam kehidupan seharian, itu lebih tepat.

Orang bijak sahaja tidak cukup, andai tiada usaha ke arah mencapai kejayaan, kerana mereka yang tidak ada ‘bijak’ pada diri tetapi ‘bijak’ mengurus tadbir diri, tidak mustahil lebih cemerlang daripada mereka yang punya ‘bijak’ pada diri. Bila tidak cukup ‘bijak’ itu, yang akan memakan diri, segala impian dan harapan akan musnah dek termakan hasutan syaitan dalam memenuhi tuntutan hawa nafsu.

Terasa pelik juga kerana tidak pernah kenal dan bersua, tetapi bermain dengan kata-kata indah, berbalas khidmat pesanan ringkas (SMS), e-mail, dan sebagainya, dengan mudah boleh jatuh cinta. Bila nafsu diletakkan di hadapan semua yang salah, nampak betul sahaja. Manakala bagi mereka yang sedikit mengaji, faham tentang halal dan haram, namun kerana tewas juga pada nafsu, matlamat cuba untuk menghalalkan cara;


“Rasa kurang best kalau tak kenal dengan lebih rapat, at least kita kenal latar belakang keluarga dia”

Pada mulanya nampak baik, tetapi bila terlalu kerap berhubung dan bertemu masa program, maka akhirnya mereka mengambil jalan pintas untuk melayan perasaan. Namun bila konsep yang sama diterjemahkan ketika bercinta dengan Allah Taala tidak pula kesampaian, sedangkan setiap umat Islam tahu akan peranan solat yang dikerjakan lima waktu setiap hari. Interaksi kita bersama Tuhan, adalah setiap kali kita mengangkat takbir dan sebelum salam, sepatutnya telah menjanjikan sebuah cinta yang lebih berapi.


Masakan tidak, setiap hari kita berkomunikasi dengan Allah Taala, lebih hebat dari sekadar menghantar khidmat SMS, tidak perlu habiskan duit untuk menampung kos kredit yang digunakan, tidak perlu banyak habiskan suara mengungkap bicara indah, secuma tenang dan teguh selama lima minit, cukup rukunnya, dan dihujungnya dipanjatkan doa. Mudahkan, tapi apabila di luar solat lain pula yang terjadi.

Peoples often do mistakes on cinta because of the way they define cinta itself. Cinta is coupling. Cinta is sharing everything. Cinta is going out together. Cinta is holding hand, etc. Ego instead of throwing tantrums over them, the initiative on helping them to define cinta in right ways are of the greatest concern actually.

assalamualaikum wbt...

Setelah sekian lamanya ana menyepi...Kini ana muncul d alam maya kembali menghiasi blog ini...

6 Nov 2009

Dalam hati?

Siang berlalu, malam mendatang... usai sejam tiba sehari.. pendek kata masa semakin berlalu. Tapi diriku masih mengharap pelangi datang memberi senyuman semangat. Adakah aku masih belum di bawa redhaNya atau aku kini terlalu jauh membawa diriku... di mana aku dan kehidupanku? apa hala tujuku yang sebenarnya? aku bertanya apa di hati ini... aku mencari di segenap ruang rahmat yang Ilahi beri padaku.. baru aku sedar aku rindu kasih Mu ya Allah... Engkau duga aku dengan pelbagai dugaan yang terkadang aku bisa putus asa, Engkau duga aku dengan sesuatu yang kadang aku sendiri tidak sedar aku pilihanMu... aku mohon KEKUATAN dan semangat dariMu ya Karim... jangan biar aku dengan kehendakku sebaliknya lindungi aku dengan rahmatMu...

4 Nov 2009

Rangkul aku D Jalan-Mu

Ya Allah, saat aku pejamkan mata ini…
Entah mengapa banyak terlintas diseluruh jiwa…
Seluruh kalbu dan nuraniku….
Aku malu pada-Mu, ya Allah….
Ketika kedua malaikat mencatat amal perbuatanku
Aku terbayang ketika itu…
Hidup dalam kedzaliman…
Ya Allah,…apakah takdirku untuk seperti itu?
Aku tak ingin terlahir sebagai pengumbar fitnah…
Begitu banyak…begitu banyak fitnah merajaiku…
Sehingga aku tak tahu lagi malu pada-MU…
Sungguh hina diriku di hadapan-Mu,…
Hina di hadapan para pejuang-Mu…
Malu….sungguh malu aku pada-Mu…
Lantas, ketika itu tak ada lagi rasa rindu…
Yang terfikir….hanyalah kesenangan…
Yang terfikir…. Hanyalah kekuasaan...
Yang terfikir….hanyalah kehidupan dunia semata
Sekarang…RANGKULLAH AKU DI JALAN-MU.


23 Okt 2009

BuTiTiT-Ku



"Sahabat yang baik umpama memori yang indah. Memori yang indah sentiasa menceriakan, menenangkan dan dan memberikan semangat."

22 Okt 2009

Muhasabah Cinta

wahai pemilik nyawaku,
betapa lemah diriku ini,
berat ujian dariMU,
ku pasrahkan semua padaMu..

Tuhan baru ku sadar,
indah nikmat sehat itu,
tak pandai aku bersyukur,
kini ku harapkan cintaMU.

kata-kata cinta terucap indah,
mengalir berzikir di kidung doaku,
sakit yang ku rasa,
biar jadi penawar dosaku.

butir-butir cinta air mataku,
Teringat semua yang Kau beri untukku,
ampuni khilaf dan salah,
selama ini ya Ilahi...

Muhasabah cintaku.....

Tuhan kuatkan aku,
lindungi ku dr putus asa,
jika ku harus mati,
pertemukan aku denganMu.

kata-kata cinta terucap indah,
mengalir berzikir di kidung doaku,
sakit yang ku rasa,
biar jadi penawar dosaku.

butir-butir cinta air mataku,
Teringat semua yang Kau beri untukku,
ampuni khilaf dan salah,
selama ini ya Ilahi...

Muhasabah cintaku.....